Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 7 Januari 2011

Ubatilah Penyakitmu!

Suatu hari Nabi Musa terkena sejenis penyakit. Apabila kaum Bani Israel mengetahuinya, mereka segera menemui Nabi Musa untuk membantu merawat baginda menggunakan sejenis tumbuhan.

"Kalau berubat dengan tumbuhan yang kami bawa ini nescaya kamu (Musa) akan sembuh!" kata kaumnya.

Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus sembuh. Namun, permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.

"Aku tidak akan berubat sehinggalah aku disembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat!"

Setelah gagal memujuk, kaum Bani Israel meninggalkan Nabi Musa sendirian. Setelah beberapa lama, penyakit yang dihidapi Nabi Musa tidak juga sembuh-sembuh.

Nabi Musa tetap bertawakal supaya Allah menyembuhkan penyakitnya. Ketika Nabi Musa sedang bermunajat, Allah berfirman:

"Wahai Musa, demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!"

Selepas mendapat Wahyu itu, Nabi Musa lantas meminta kaumnya segera mengubatinya dengan tumbuhan tersebut. Dengan izin Allah, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa. Bila sembuh, Nabi Musa meresa kurang senang kerana tumbuhan itu yang telah menyembuhkan penyakitnya.

Allah berfirman lagi: Wahai Musa, apakah kamu menghendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku!"

"Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah aku yang menjadikannya?"

Nabi Musa merasa malu apabila mendengar firman Allah itu. Fahamlah baginda, bahawa setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati!.

**Dipetik dari Majalah Mastika.

13 comments:

ZWAN SABRI berkata... Reply To This Comment

btol tu btol..
kita x boleh nak bertawakal jer..
kita kena jugak berusaha.. ;)

misza berkata... Reply To This Comment

selain menghendaki berusaha Allah juga memberikan sesuatu secara tidak terus kepada kita.

one2paii berkata... Reply To This Comment

betul tuh..ape yang datang ketentuan dari allah..tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan ,selain kematian yang telah ditetapkan

Leyha berkata... Reply To This Comment

Betul tu. kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakal .:D

Mohd Hazwan berkata... Reply To This Comment

doa, usaha, istiqamah, tawakal

Puan Besar Shag Yahaya berkata... Reply To This Comment

Tawakal je tak cukup. Kena usaha jugak. Kiki.

eton berkata... Reply To This Comment

btl2... ade usaha tercipta la kejayaan.. mcm aku sem ni naik 0.1.. haaa... walaupun sikit tp harus bersyukur... kan2

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

zwan: itu la yang cuba d sampaikan oleh cerita d atas,tawakal dan berusaha...

misza: betul3x...

one2paii: aids pun dah ade penawar skg nih...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

lehaMY: usaha selagi termampu...

hazwan17: tepat sekali!

shag: dat right bro!

diamuslima: tahniah! itu la berkat dari usahakan...hee

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

kena usaha, br tawakal..dh jmpe tak ubat kpd penyakit malas?? hehee..perlu ubat segera ni..

diana berkata... Reply To This Comment

ramai orang cuma tau tawakal je..
tapi usahanye tak pun..
nabi pun berfikir mcam tu ,..
ni kan pulak kita manusia biasa..

Belalang Hijau berkata... Reply To This Comment

zwan: itu la yang cuba d sampaikan oleh cerita d atas,tawakal dan berusaha...

misza: betul3x...

one2paii: aids pun dah ade penawar skg nih...

diamuslima berkata... Reply To This Comment

btl2... ade usaha tercipta la kejayaan.. mcm aku sem ni naik 0.1.. haaa... walaupun sikit tp harus bersyukur... kan2

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com