Ini adalah entry sambungan daripada bahagian pertama sebelum ini yang bertajuk PEKIDA: Parang Dikepala! (Klik pada tajuk untuk membaca)
"Pukul 4 petang ni hangpa tak kan terlepaih! Siap hangpa... Nak tau langit tinggi rendah kita jumpa pukul 4 sat gi!!"...
Selepas insiden itu kami semua kembali ke dalam kelas untuk memulakan pengajian pada pagi itu. Tapi kesemua bebudak lelaki kelas Belalang langsung tak amik kisah apa yang dibebelkan oleh lecturer kelas di hadapan. Kami lebih berminat berkumpul di belakang kelas dan berbincang mengenai apa tindakan yang akan dilakukan pada petang nanti.
Lecturer jugak seperti mengerti apa yang sedang kami bincangkan. Dia langsung tak amik port dengan kami semua. Mungkin malas nak layan atau malas nak terlibat, ntah. Kami masih lagi berbincang dengan serius apa yang sedang berlaku dan akan dilakukan. Sebenarnya kami sendiri juga masih kurang pasti dengan motif serangan terhadap dua orang kawan kami itu. Satu-satunya alasan yang paling kukuh memang mengenai salah faham senior perempuan itu sebabnya ketika dua orang sahabat Belalang ini telah jalan agak jauh dari kumpulan senior perempuan itu, mereka seperti dapat mendengar suara senior perempuan tersebut marah-marah kepada mereka. Dan ketika kumpulan pelajar senior lelaki itu menyerang kami, senior perempuan itu turut berada di situ.
Masing-masing mengeluarkan bermacam-macam idea apa yang bakal dilakukan petang ini. Ada yang cakap kita sendiri yang lawan ramai-ramai dengan senior-senior itu. Namun memandangkan kami juga masih pelajar kolej, risau jugak tindakan kami itu bakal mengundang padah kepada diri sendiri seperti digantung pengajian kerana bergaduh dalam kawasan kolej. Ada juga yang menerangkan supaya berdamai sahaja. Terangkan mengenai salah faham yang berlaku itu. Tapi rasanya itu juga tidak membantu kerana sewaktu kumpulan senior itu datang menyerang, sahabat Belalang berdua itu telah mengatakan itu salah faham namun tak diendahkan oleh kumpulan senior-senior itu.
Setelah berbincang agak lama, kami menemui jalan buntu. Memang tiada cara selain daripada keras dilawan keras juga. Tiba-tiba salah seorang daripada dua orang sahabat Belalang yang menjadi punca perbalahan ini membuka mulut...
"Aku ingat, kalau panggil abang aku ngan member-member dia mai sini pun ok juga. Dia geng tiga line, kalau aku panggil dia mai, memang dia mai punya. Tapi..."
Wan (nama sahabat Belalang tu) berhenti beberapa ketika. Seperti berfikir sesuatu. Selepas beberapa lama dia meyambung ayat tengantung dia tadi...
"Nak panggil abang aku ngan member-member dia tu boleh... Tapi depa ni ganaih sangat. Aku takut mati pulak depa lanyak geng-geng tu"...
Kami berpandangan sesama sendiri. Bincang lagi. Dan akhirnya kami sepakat untuk meminta bantuan abang Wan tersebut memandangkan geng-geng senior tadi begitu bersungguh-sungguh untuk bergaduh. Terus sahaja Wan meminjam henpon salah seorang budak kelas kami dan call abangnya. Seperti yang dikatakan Wan sebentar tadi, abangnya memang tiada masalah untuk datang membantu adiknya itu. Cuma abang Wan mengatakan bahawa mereka mungkin akan tiba sekitar pukul 4.30 petang ke atas. Abang Wan sempat berpesan pada adiknya itu...
"Aku akan mai dengan lima orang lagi kawan aku. Sementara kami nak sampai hang dengan kawan-kawan hang buat la
apa-apa dulu"...
-----------------------------------------------
Belalang sambung lagi boleh tak? Nak cari idea susun ayat kasi cantik punya...ngee :-)
Lagi satu jangan salah faham. Belalang tak terlibat dengan pergaduhan ini. Hanya turut serta meramaikan keadaan. Besak la kan, perisik kena la jadi penyibuk sket. Belalang budak baik. Tak main arr gaduh-gaduh nih... huhuhu
10 comments:
aku pukoi jugak budak ni kang... potong stim btol....
@Cekodok
hahaha sabaq bro sabaq...
nak bagi hangpa semua menghayati babak2 kisah ini...enjoy ye...
ngee
ceissss...poting stim betol la belalang nih... adush...
adesss...
sambung lagi..
Adui..TE tak tahan dah nak komen..rupanya bersambung lagi..
Pandai kao cerita....tak sabar rasanyer nak ikuti sambungan..huhu..teringat masa dok kg dulu...gaduh macam sstail sarip dol huhu
aduhai.....bersambung lagi ke.....tertekan guwee....!!!
hah sambung cepat apa jadi :)
hahhahah... bila nak abis ni... berdebar2 plak...
cepat2 lah sambung ea...
susun ayat kasi baik punya..
pulak dah..!!! baru nak naik semangat....heee...
Catat Ulasan