Kisah yang akan Belalang cerita ni ialah tentang sekumpulan samseng kolej yang bertumbuk dengan abang kawan sekelas Belalang yang mengaku sebagai budak PEKIDA. Sepanjang hidup Belalang, ini la pergaduhan yang paling brutal pernah Belalang saksikan di depan mata Belalang sendiri (Sebelum ni selalu jugak tengok budak punk ngan skin head gaduh di gigs tapi biasa-biasa jer). Pergaduhan ni berpunca dari salah faham akibat seorang WANITA! hebatkan gaduh pasal hal macam ni? Hahaha...
Perkara ini berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas. Pada satu pagi di sekitar kawasan kolej Belalang, dua orang sahabat Belalang sedang berjalan di kaki lima sambil berborak kosong. Masing-masing banyak ketawa dari bercakap. ape story yang lawak sangat tu Belalang pun tak pasti, Kebetulan mereka melewati sekumpulan senior perempuan kolej Belalang. Time lalu dekat dengan senior-senior ni mereka masih lagi gelak tak abis-abis. Ntah apa sebab musabab tiba-tiba salah seorang senior perempuan yang berada di situ telah menyangka yang sahabat Belalang dua orang tadi tu telah kutuk dia. Celah mana yang buat dia rasa macam tu, pun tak dapat Belalang pastikan (mungkin dia bajet dia hot!...ngee)
Dia pun terus ngadu pada pakwe / budak-budak laki kelas dia. Mereka ni kononnya memang samseng kolej dan kononnya lagi pernah belasah bebudak Politeknik Permatang Pauh sampai bebudak Poli ni lari lintang-pukang (kononnya jela). Dengan darah muda yang membara dijiwa, mereka beramai-ramai telah menyerang Belalang and the gang yang berada didalam kelas. Kebetulan lecturer kami takde time tu. Dengan bersenjatakan helmet, mereka menarik kawan Belalang yang dua orang tadi tu keluar dari kelas.
Memang dah takde slow talk ape dah. Niat diorang memang nak hanyun terus jer member Belalang dua orang itu. Helmet diangkat melepasi paras kepala. Ketika hanyunan itu nak dilepaskan sekuat hati si senior itu, tiba-tiba!....
Lecturer kelas Belalang sampai...
Samseng yang tak berapa nak samseng ni, bila nampak jer lecturer terus blah dari situ. Dan sebelum mereka beredar, mereka sempat memberi warning kepada dua orang sahabat Belalang tu...
"Pukul 4 petang ni hangpa tak kan terlepaih! Siap hangpa... Nak tau langit tinggi rendah kita jumpa pukul 4 sat gi!!"...
Err panjang lagi la citer nih, Belalang sambung nanti pulak ye. Nak cari idea jap... :)
Untuk membaca sambungan entry ini, klik link di bawah
10 comments:
aduhai belalang....baru nak syok bace..cpt la sambung...
p/s: perkida skrg makin tercemar kerana budak2 muda skrg..mudah naik angin..erm...sayang!!!
aku tak samseng.. tapi bila aku tengok budak2 nak jadi samseng, terus aku jadi panas baran rasa nak jadi lagi samseng dari samseng2 tu.. hahahahahah.. btw, dulu aku penah gak tulis pasal ahli pekida yang mencemarkan perjuangan baik pekida..
http://tubelawak.blogspot.com/2010/02/pekida-malaysia-samseng.html
gua igt benti mcm tu je.. gua rasa nak sekeh je la... haha.. wa pun penah gak.. haha... tapi malas nak cecite gadoh2.. cecite jiwang layan sikit.. haha
alaa baru nak tekan minyak bace..tetibe dh hbs.ngade la belalang nih.cpt kit sambung yer
rain tgk org samseng je.....(nyampuk gak)
suspen giler.. pat pat sambung ahaha.. fuh fuh bagi la idea kpd belalang tak kacak!
PRKIDA ni satu badan yg baik.. tapi dah dicemari dgn keruntuhan ahlak remaja zaman kini... apa nak jadilah...
p/s: cepat2 lah yer sambung... nak tahu the endnya ni..
belalang wat entri ada sambung2 ke..huhu
ceit..
siap sambung2 lagi..
bikin saspen jek..
sebenarnya aku kompius tentang pekida ni. mereka ni acane erk? grrrr~
nak bikin suspen lah tuu!.. huhu!
Catat Ulasan