Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 14 Mac 2011

Persenda Azan: PPIM Gesa Kerajaan Bertindak

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman 'youtube'.

Pegawai Kerja PPIM Mustaffa Hamzah berkata, klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam.

"Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.

"Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Untuk membaca berita penuh, klik sini.


------------------------------------------


Memang patut pun kerajaan bertindak segera. Jangan sampai semakin teruk keadaan, baru nak bertindak. Waktu tu dah terlambat. Untuk melihat video yang dikatakan menghina Islam, mempersenda azan, klik sini.

3 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

gua tak tgk video tu.. tapi sekarang islam memang dipersendakan... ya.. kita ibarat buih di lautan...

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

uittt...xleh jd ni..nk marah ni..

Puan Besar Shag Yahaya berkata... Reply To This Comment

Keadaan ni dah makin teruk pun sebenarnya. Dulu kan dah ada kes serupa macam ni? Hmph~

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com