Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd Yusof Diah, berkata mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.
"Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung.
"Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah," katanya di sini hari ini.
Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lalu.
Guru berkenaan dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga jam 7 petang.
Sementara itu, Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.
"Abdullah sudah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lalu.
"Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar...ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini," kata Ahmad Din yang juga seorang guru.
- BERNAMA
5 comments:
alfatihah..takziah buat keluarga arwah
mati itu pasti.. tapi.. kesiannya ank isteri dia..
ajal ada kat mana2.... Al-fatehah buat si mangsa...
semuga dia ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..insyaallah ...amin n takziah buat keluarganya !!!
sedeh..:(...baru nak ke tepen minggu nih~
Catat Ulasan