Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 4 Mei 2011

Anak-Anak Derhaka | 2 beradik pukul, maki, halau ibu

Seorang ibu bukan saja dipukul dua anaknya, malah dihalau dari rumah ekoran tidak memberi wang yang diminta dalam kejadian di Kampung Pandan Dalam, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, ibu berusia 41 tahun terbabit mengalami lebam di muka dan badan selepas dipukul anak lelaki dan perempuannya.

Kejadian dikatakan bermula apabila anak lelaki mangsa yang berusia 19 tahun dan baru balik dari berjumpa rakannya tiba-tiba meminta wang, namun mangsa memberi alasan tiada wang menyebabkan anaknya itu bertindak kejam memukul mangsa selama beberapa minit.

Sumber polis berkata, mangsa turut dicekik anaknya selain kepalanya dihentak pada dinding.

Katanya, pertelingkahan dua beranak itu bertambah parah apabila anak perempuan mangsa yang berusia 20 tahun pula campur tangan dengan turut bertindak memarahi dan memukul ibu mereka tanpa belas kasihan.

“Anak perempuan mangsa turut menghalau mangsa keluar dari rumah dengan memaki hamun menggunakan perkataan tidak sepatutnya termasuk menggunakan panggilan ‘babi’.

3 comments:

CIK TOM berkata... Reply To This Comment

ya Allah,,kurang ajarnya anak ak cik ni..ingatkan anak perempuan dia nak backup la..rupa2nya ikut sekali join adik dia..ish2..

mama aini berkata... Reply To This Comment

dunia nak akhir zaman kot...dulu ditatang bagai minyak yang penuh olh ibu..bila besar jadi ank derhaka..hrp ank mama tidak begitu..

hyazz berkata... Reply To This Comment

sian nye mak cik tu... kalau tau camgitu...baik la dicekik2 sampai mati masa kecik2 dulu kan... senang..

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com