Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 8 Mei 2011

Anak Kartika Sari Dewi Jatuh ke Dalam Sungai Perak?

Err... Belalang tak pasti pula ini Kartika Sari Dewi yang mana. Tapi kalau tak silap Kartika ni model yang hampir kena hukuman rotan satu masa duhulu tu (gambar sebelah kiri). Betulkan Belalang jika Belalang tersalah orang ye.

Anak Kartika dilaporkan hilang pada pukul 12 tengahari kelmarin. Polis syak yang anak Kartika yang berusia 9 tahun terjatuh ke dalam sungai Perak.

Berikut adalah laporan berkaitan berita tersebut-

-------------------------------------------------


Anak sulung bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang semalam dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak. 


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim, berkata kehilangan Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, disedari pada 12 tengah hari semalam oleh keluarganya lalu melaporkan kepada polis.


"Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung sehingga tengah malam tadi gagal menemui kanak-kanak itu," katanya.


Beliau berkata, Azfar dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak kerana ketika kejadian dia tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai itu.

----------------------------------------------

Semoga Muhammad Azfar selamat dan segera ditemui. Doa-doakanlah yang terbaik untuk ibu dan anak tersebut...

6 comments:

sud@is berkata... Reply To This Comment

akhir2 ni byk cerita kanak2 jatuh dan hanyut disungai..
awasilah kanak2 bila kesungai....

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

xdapat nak bayangkn perasaan seorang ibu di kala ini..dhla hari ni hari ibu..huhu

Gayahspears berkata... Reply To This Comment

sayunya...
kita same2 berdoa agar anaknya itu dijumpai~amin...

Unknown berkata... Reply To This Comment

hari ibu yang mungkin tak dapat dilupakan oleh dia ni.. kesian.. berharap sangat hal ini cpat2 selesai.

Sila lawat: Kaoshi Troll

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

semoga anaknya dalam keadaan selamat..insyaAllah

nuriz berkata... Reply To This Comment

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. hari ibu pulak tu

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com