Seorang gadis berusia 23 tahun maut ditikam teman lelakinya dipercayai setelah menolak lamaran untuk berkahwin dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam tadi.
Dalam kejadian antara pukul 10.45 hingga 11 malam itu, mangsa, Ratna Sufizzah Riyyanti Omar mati di tempat kejadian akibat ditikam beberapa kali menggunakan pisau di dada, perut dan tangan oleh suspek yang berusia lingkungan 50-an.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzaman Mohd. Jan berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini baru sebulan berpindah ke Alor Setar.
“Sebelum ini suspek bekerja sebagai chef di sebuah hotel di Genting Highlands dan dipercayai telah mempunyai keluarga di Johor Bahru. Mangsa dan suspek dipercayai berselisih faham setelah mangsa mahu perhubungan mereka diputuskan semalam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu.
“Sebaik sahaja menikam mangsa, suspek terus menceritakan perkara tersebut kepada majikannya dan atas nasihat majikannya suspek menyerah diri kepada polis pada pukul 1.30 pagi ini,” katanya.
Mohd. Adzaman memberitahu, suspek yang mengaku menjalin hubungan dengan mangsa sejak lima tahun lalu kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, kebiasaannya mangsa akan pulang ke rumahnya di Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang selewat-lewatnya pukul 7 petang.
Rabu, 4 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 comments:
org kampung aku mati...innalillah...mak aii..kenapa sampai berbunu..bnyak lagi pempuan kat luaq nuh..
kesian kat perempuan tu
aiseyh, apa nak jadila ngan masyarakat kita lani.. HUHU
MySuaraBlog: Sebiji Telur Jer?
pembetulan, suspek merupakan peminat rahsia si mati. kesian apabila melihat facebook si mati, al-fatihah
https://www.facebook.com/sufizzahriyyanti
perbezaan umo yang ketara,,
sayang pompuan ni muda sangat,,
dahlah keja engineer,,
penat dia belajar tinggi2
tpi nak buat mcm mna
allah lebih sayangkan dia,,
al fatihah
apa la nak jd dgn dunia skrg ni.. tolak lamaran pun smpai nak kna bunuh ke..
btw, nice blog pal. done follow.
jmput singgah blog sy plak.
Blog 4 Dead XD
Catat Ulasan