Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 16 Mei 2011

Pencuri Berjubah | Memalukan Betul!

Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.


“Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

5 comments:

mama aini berkata... Reply To This Comment

senang tak payah kerja teruk2...tunjuk parang bolih terus dapat duit..siap bawa ank isteri merompak tu !!..trend baru ni..berani sungguh..dtg x2 utk merompak n salah guna jubah pulak tu..macam ni pun ada!!..

Azlan Strider berkata... Reply To This Comment

hehehe..aku ade baca cerita ni kat surat khabar..ape laa dorang nie..rokok ngan cokelat pun nak curik ker??hehehe

Regards,
-Strider-

Gayahspears berkata... Reply To This Comment

adoi.. dunia skrg ni suda jd semakin pelik...
berjubah pon nk mencuri...
alim kah???
tak tahu halal haram kah???
apakah???
huhuhu

aimanayie berkata... Reply To This Comment

tadi baca kt HM... adehai.. apakejadahanya la motif pakcik tuh.. semuga anak2 dia tak ikut cara pakcik tuh.. aminn..

nazirah berkata... Reply To This Comment

ya Allah sampai macam tu sekali
orang kita ni ek dahsyat betul la
aih tak taw nak kata ape .. mm

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com