Akibat gila talak, seorang lelaki berusia 40-an sanggup memukul bekas isterinya di depan orang ramai selepas wanita berkenaan menolak untuk melakukan hubungan seks dalam kejadian di Seksyen 7, Shah Alam, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu menyebabkan mangsa berusia 40 tahun itu bengkak di kepala dan cedera di telinga, tengkuk, betis dan lengan selepas ditampar serta ditendang bekas suaminya.
Sumber polis berkata, pasangan itu bercerai dengan talak tiga setahun lalu.
Bagaimanapun, dalam tempoh tiga bulan lalu, mangsa yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Shah Alam sering diburu bekas suaminya dan lelaki itu sanggup datang ke tempat kerja mangsa untuk memujuk mangsa supaya kembali kepadanya.
“Selain itu, lelaki terbabit juga selalu mengganggu mangsa dengan menghantar SMS lucah,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian terbaru Ahad lalu, lelaki terbabit sekali lagi datang ke tempat kerja mangsa dan memujuk mangsa melakukan hubungan seks. “Apabila mangsa enggan mereka bertengkar dan memaki hamun mangsa di depan rakan sekerjanya. Kemuncaknya, lelaki itu memukul wanita di muka, dan beberapa anggota badan lain,” katanya.
Selain itu, kata sumber, suspek turut menggugut mahu membunuh wanita itu, anak lelaki mereka berusia hampir setahun dan teman lelaki baru mangsa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan Kamaruddin Ismail mengesahkan laporan mengenai kejadian itu.
2 comments:
tu dia aihhhhh
ishhhhh
bukan begitu caranya..diri sendiri dah terlajak kenalah tanggung akibat, kalau betul sayang kenalah redha apa yg berlaku
Catat Ulasan