Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
Sumber Berita harian.
--------------------------------------------
Faham betul-betul dengan kenyataan di atas ya. Mnyimpang tidak bermaksud berdosa sekiranya dilakukan. Cuma ia tidak digalakkan oleh Rasulullah.
10 comments:
macam2 trend kawin skang...semuanya sbb kejar glamor..huk3...
orang kita mudah ngikut..
tgk sorg buat..smua nak ikut..
tp kadang2 nikah kat masjid ni sbb niat memudahkan
bukan sbb ngikut kristian..hehe
Assalam...terima kasih share...baru tahu pasal nie...lepas nie x buat dh laa...
0000 cam tu laa plak..
kat mana2 boleh.yg penting kekal sampai ke anak cucu dan bahagia dunia akhirat
Sop buat kat surau sbb kat rumah x sesuai. Bukan trend atau nak biat2. Mungkin yg sanggup gi masjid2 besar tu x sesuai la tu, sdgkan rumah dah selesa
tlg jelaskan leh x? rasa xpuas hati la. mgkin tak faham.
bukan skrg org adakan mjlis akad nikah kat msjid ke? maknanya salah ke?...
dah tu p masjid tak jaga kesucian masjid.. cium2 bagai.. aurat tak jaga... igt disco kot....
sepanjang aku belaja dari kecik sampai habis ijazah, tap penah plak aku taw ada tempat haram utk nikah..
*entah la labu, aku pun tak taw.. kita tunggu je majlis fatwa kebangsaan cakap apa..
http://ridhuantee.blogspot.com/2011/03/bahana-bincang-perkara-remeh.html
Catat Ulasan