Tapi apabila membaca bahawa telur ayam tiruan ini telah ada di Pulau Pinang, barulah Belalang percaya isi email yang Belalang terima lama dahulu rupanya benar. Korang cuba baca berita yang Belalang petik dari Sinar harian ini.
-------------------------------------
Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan pengguna dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Dipercayai, telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar,.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Untuk membaca berita penuh, klik sini.
---------------------------------------
Hal ini sesuatu yang serius. Ia berkaitan dengan kesihatan seseorang. Harap pihak berwajib segera ambil tindakan kepada peniaga yang menggunakan telur tiruan ini.
9 comments:
mujur gua makan telor organik.. ngeee... biar mahal takpe..
mak ck salu ckp, org di China maju. tapi kalau dah maju sgt smpai cipta telur ayam palsu, baik tayah maju langsung, huu T____T
orang kata telur tiruan rasa dia lagi sedap...
telur ayam pun ada gak tiruan....alala...teruk la mcm ni kan....kena hati2 la lepas klu nak beli..huhu
adeh dah sampai Malaysia dah...
telur pun ada yang tiruan. ish3 ..
iyeke mail?
mcm2 benda yg tak sihat dtg dr china nih..dulu ada kes..getah ikat rambut yg kaler2 rambu2 tu rupa2nya dibuat dr kondom terpakai...wekkk..
ibu ayam tuh tiruan tak..?? hehehe
Catat Ulasan