Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 11 Mei 2011

Sekolah Remaja Hamil Penuh! | Best Ke Sekolah Sini?

Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.

Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu, 28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka.

Katanya, sehingga kini, 35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin.

Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.

Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.

“Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa,” katanya.
Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu.

SHRH terletak di Jalan Pegawai dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000 dan mempunyai empat kelas, masing-masing sebuah bilik komputer, bilik mesyuarat serta pejabat pentadbiran.

Orang ramai ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani di talian 019-6671564 atau 06-2881534.

3 comments:

Wanita Bertudung Hijau berkata... Reply To This Comment

wow dah penuh

mcm menggalakkan penzinaan je? bila dah pregnant pergi daftar di situ

adakah cara begini akan dpt menyelesaikan masalah kritikal sebegini,

dlm Islam, dlm al quran tak suruh banteras masalah ini begini

sgtlah menyedihkan

kuntumz berkata... Reply To This Comment

dri ms war2kan nak buat rumah ni, mmg kiter dh tak sokong dh..rsnya mcm tak perlu..konon nak elakkan pembuangan bayi, tpi isu pembuangan bayi masih jugak ada smpi skrg...baiklah buka sek tahfiz or agama utk generasi2 kita akan dtg supaya tak terlibat ngan gejala yg sosial...

Prettyvrach berkata... Reply To This Comment

Susah nak cakap tentang isu serius macam ni. Patut atau tak patut diperluaskan tu, kene kaji semula. Sebab background pelajar yang mengandung ni maybe berbeza2, ade yang dirogol and memang ramai yang gatal sendiri. Tapi peluang tetap perlu di beri dan dorang perlukan dorongan. Tapi, better lebihkan pendekatan di sekolah harian.Budak-budak sekarang dah liar sebab kurang didikan agama.

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com