Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Datang 2011



Kejap lagi tahun 2010 akan pergi meninggalkan kita dan tahun 2011 pula akan kita harungi selama 365 hari. Tahun 2010 banyak menyimpan cerita suka dan duka tak kira la samada personal atau isu-isu negara. Entry ni Belalang nak story sket mengenai perjalanan blog SBT dan perancangan tahun 2011.


Performance 
Seperti yang kebanyakkan sedia maklum, blog SBT telah diwujudkan pada tahun 2009. Namun disebabkan Belalang membuat blog tanpa guide atau bimbingan dari sape-sape, jadi blog SBT memang tak begitu aktif. Hinggalah Belalang menemui web gengblogger.com pertengahan tahun 2010. Disini la baru Belalang tau ape itu ping entry, blogwalking, keywords dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan blog. Selepas itu baru la Belalang aktif berblog hingga sekarang. Menggunakan [dot] com untuk menampakkan yang Belalang serius dalam berblog.

Template
Sepanjang tahun 2010, Belalang telah menukar template SBT sebanyak 2 kali. Template yang Belalang gunakan sekarang nih masih lagi dalam peringkat percubaan. Ada beberapa komen dan problem yang Belalang detect pasal template nih. Tapi tak la serius sangat. Ada perkembangan positif dengan template baru ni dimana Belalang lihat banyak juga keyword seperti suarabawahtanah.com, Belalang Hijau dan Belalang Hijau Perisik telah di google oleh reader.

Penulisan Dan Entry
Masih lagi mencari identiti dan style yang sesuai dengan Belalang. Entry lak memang rojak abis. Belalang tulis jer ape yang Belalang rase nak tulis.

Perancangan
Kebiasaannya entry Belalang pada hari Jumaat berkaitan dengan hal-hal keagamaan, hari Ahad entry yang santai sementara hari-hari yang lain entry rojak. Untuk tahun 2011, Belalang ada beberapa cadangan seperti menulis sesuatu yang memberi info mengenai hal-hal yang berkaitan dengan negeri kelahiran Belalang iaitu Kedah. Namun masih lagi dalam proses timbang baik buruk hal ini.


Belalang harap 2011 akan memberi sedikit luck pada blog SBT. Mungkin boleh setaraf atau memberi saingan dengan beberapa blogger yang menjadi idola Belalang. Hebat betul impian. Tapi kalau tiada impian macam mana mimpi nak jadi nyata ye tak? Kepada kawan-kawan yang sentiasa support blog SBT, Belalang ucapkan terima kasih sangat-sangat. Kalau tiada yang menyokong dah tentu la susah untuk sesebuah blog itu berkembangkan menjadi yang terbaik. Jadi hargai la reader-reader kita ok. Sempat lagi berpesan. Hahaha...

Perkara Yang Jarang-jarang Berlaku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Selamat berhari Jumaat. Belalang nak kongsi sesuatu dengan korang semua nih. Tapi Belalang kongsi dalam bentuk gambar ye. Nak tulis nanti jadi panjang lak. Lagi pun melalui gambar ceritan menjadi lebih ringkas. Meh tengok gambar bawah nih.





Malaysia memperolehi berita gembira penutupan tahun 2010 dengan kejayaan skuad bola sepak Malaysia merangkul piala Suzuki AFF. Belalang juga mengakhiri tahun 2010 dengan berita gembira apabila berjaya mendapat trafik melebihi dari hari biasa tempias daripada kejayaan skuad Malaysia itu.

Korang jangan salah faham ye. Bukan niat menunjuk ke hape. Mungkin bagi sesetengah blogger, trafik begini adalah biasa. Tapi bagi Belalang yang tak pernah merasa tarfik begini, ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang besar. Moga tahun 2011 perkara yang jarang-jarang berlaku ini akan selalu berlaku.

Khamis, 30 Disember 2010

Khairul Fahmi Che Mat- Spiderman Malaysia

Hari ni selain daripada keyword AFF Suzuki, satu lagi keyword yang hot di blog Belalang adalah Khairul Fahmi Che Mat. Wah, feymes ko ye Fahmi. Tapi dia memang patut diberi pujian dan sanjungan kerana begitu kental menjaga pintu gol Malaysia daripada dibolosi.

Jadi kepada peng GooGLe sekalian, untuk tidak menghampakan korang Belalang ceritakan sedikit latar Belakang mengenai Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek dikalangan peminat dan kawan-kawannya hasil dari skodeng di page Facebook dia.

Gambar dari page Facebook



Biodata


Nama: Khairul Fahmi Che Mat


Tarikh Lahir: 7 Januari 1989


Kelab/Negeri: Kelantan




Pencapaian:


-Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM


- Pemain Muda Terbaik 2010


- Penjaga Gol Terbaik 2010Personal Interests:FootballGender:Male

Tadi ade jugak terbaca yang Apek nih dah ade awek. Gigit jari la korang nak teckle dia. Nak kenal ngan awek dia? klik sini.

Itu la sedikit info yang dapat Belalang kumpul dan kongsikan kepada peminat Apek. Dan untuk kesekian kalinya (ntah kali keberapa) Belalang ucapkan tahniah kepada Malaysia. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia...

Rabu, 29 Disember 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

Gambar dari Google

Alhamdulillah... Akhirnya piala Suzuki menjadi milik kita. Setelah mengharungi 90 minit di Stadium Bung Karno dengan penuh aksi yang mencemaskan. Pujian harus diberikan kepada penjaga pintu gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Namun sebenarnya semua menyajikan aksi yang sangat hebat.

Terima kasih kepada Safee Sali kerana menjaringkan gol yang amat berharga. Syabas pasukan Malaysia. selepas ini kita sasarkan kepada tahap yang lebih. Harimau Malaya telah bangun dari tidur yang panjang. sekali lagi syabas Malaysia.



Malaysia Boleh!

Malaysia Boleh!

Malaysia Boleh!


Berita Dari Indonesia: Malaysia Memilih Jersi Biru

Gambar dari affsuzukicup.com

Sejak kebelakangan nih entry Belalang banyak berkisar mengenai kejayaan pasukan Malaysia melangkah kaki ke final piala Suzuki. Mungkin ade yang jemu atau mungkin juga ada yang mengatakan Belalang takde idea. Kalau ada yang rasa begitu, Belalang mintak maap ye. Sebenarnya Belalang terlalu berbangga dengan pencapaian pasukan bolasepak negara kita hingga fikiran nih tak dapat nak berhenti dari memikirkan mengenai skuad harimau kita.

Ok ni ada lagi entry pasal pasukan kita yang akan turun berlawan malam ini. Di khabarkan yang Malaysia sekali lagi akan turun menentang pasukan Indonesia dengan jersi berwarna biru sama seperti di Stadium Bukit Jalil. Menurut Raja Gopal, warna biru seolah-olah membawa tuah kepada Malaysia. Dari pemerhatian Raja Gopal, Malaysia masih belum pernah kalah dalam mana-mana perlawanan apabila memakai jersi biru.

Kekalah besar 5-1 kepada Indonesia tempoh hari Malaysia memakai jersi kuning. Bagi Belalang pula tak kira la apa warna jersi sekalipun yang Malaysia pilih, yang penting kita hanya tinggal selangkah lagi untuk merangkul piala Suzuki malam ini. Sama-sama la kita berdoa semoga Malaysia bakal mengakhiri perlawanan malam ini sebagai juara.

Rupanya Ada Khabar Angin Yang Nik Aziz Meninggal Dunia

Baca berita Utusan online kejap tadi baru Belalang tau yang ada khabar angin yang mengatakan Nik Aziz meninggal dunia. Marah betul Nik Aziz dengan khabar angin itu hingga mengatakan dia tidak akan mengampun dosa orang yang menyebarkan fitnah itu selagi orang itu tidak memohon maaf dengannya.

Sebelum ini memang Nik Aziz ada mendapatkan rawatan di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat sakit pinggang.

Jadi kepada sesiapa yang menyebarkan berita fitnah tu, cepat-cepat la pegi mintak maap dengan Nik Aziz ye. Kang sampai ke mati Nik Aziz tak maafkan. Hee...

Selasa, 28 Disember 2010

Nak Masuk Bloglist Gempak Wan Hazel

TUTUP : 11.1.11

Sape yang tak kenal Wan Hazel memang rugi besar la. Tapi rasenyer rata-rata blogger mengenali Wan Hazel. Sangat baik dan sangat friendly orangnya. Handal dalam selok-belok HTML dan photoshop. Selalu jer edit header dan gambar shoutmix dia kasi nampak comel...Ngee

Itu la cerita ringkas mengenai Wan Hazel. Belalang baru jer bukak blog dan terpandang yang Wan Hazel sedang mencari senarai bloglist yang baru untuk blognya. Sape nak tau klik sini.

Wan pernah masukkan blog Belalang di listnya. Jadi rasenyer kali nih Belalang nak lagi berada di list Wan. Wan letak jer nama Belalang Hijau Perisik. Nak letak Belalang hijau jer takut ada orang keliru sebab baru-baru nih Belalang terserempak dengan seorang blogger yang turut menggunakan nama Belalang Hijau.

Jadi Wan Hazel, tolong masukkan Belalang di list Wan yea. Korang-korang tak nak join ke?

Final AFF Suzuki 2010 Ke-2 Tetap Di Indonesia

Gambar dari kompas.com

Hajat ingin menyaksikan sekali lagi Malaysia bertemu Indonesia di Stadium Bukit Jalil tidak kesampaian apabila badan induk AFF mengesahkan yang Stadium Utama Gelora Bung Karno selamat digunakan untuk perlawanan final kedua.


Pemeriksaan yang dilakukan petang tadi oleh presiden AFF Ravi Khek, menyatakan yang rumput di padang boleh digunakan pada hari perlawanan tetapi untuk melakukan latihan sebelum perlawanan tidak dibenarkan. Selain itu, lain-lain kerosakkan yang dinyatakan sebelum ini juga dilihat sedang dibaiki oleh pihak berwajib Indonesia


.

**Berdoalah semoga pemain kita selamat sepanjang berada disana. Selamat berjuang dan pulang dengan membawa piala Suzuki.

Isnin, 27 Disember 2010

Piala Suzuki 2010: Perlawanan Kedua Mungkin Berlangsung Di Malaysia?

Ada ura-ura mengatakan perlawanan kedua diantara Malaysia dan Indonesia akan berlangsung di Malaysia berikutan terjadinya sedikit rusuhan di Stadium Bung Gelora akibat tidak puas hati oleh segelintir penyokong Indonesia yang tidak dapat membeli tiket perlawanan final.

Korang boleh baca berita tu disini dan sini.

Belalang setuju jugak jika perlawanan pusingan kedua diadakan di Malaysia. Penyokong Indonesia agak aggresif dan liar hingga sukar mengawal diri sendiri. Korang cuba bayangkan itu baru tak dapat tiket dah merusuh rosakkan harta benda di sekitar stadium. Macam mana pulak kalau Malaysia menang? Belalang ingat lagi teruk dari rusuhan akan berlaku.

Tapi walau bagaimanapun kitan tunggu akan keputusan rasmi dari AFF. Kalau benar lawan disini, Belalang sangat bersyukur ini kerana memikirkan keselamatan pemain kita. Harap-harap ia menjadi kenyataan.

Ahad, 26 Disember 2010

Keputusan Final Pertama Piala Suzuki 2010: Malaysia Lawan Indonesia

Syukur dan terima kasih kepada pasukan Malaysia kerana merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk melihat pasukan Malaysia menang menentang Indonesia. Belalang sangat berpuas hati menyaksikan perlawanan sebentar tadi.

Walaupun separuh pertama tiada sebarang gol yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan, namun masuk babak kedua momentum game terus berubah. Serius cakap Nor Shahrul Idlan Talaha memang hero Malaysia selain dua gol yang dijaringkan oleh Safee Sali.

Bekalan selesa telah diperolehi olah Malaysia. Diharap perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Indonesia pada 29 haribulan ini akan tetap memihak kepada Malaysia.

Keputusan penuh Malaysia 3, Indonesia 0. Cayalah Malaysia!

Piala Suzuki 2010: Semoga Malaysia berjaya Menewaskan Indonesia

Gambar dari Harian Metro

Kurang daripada 4 jam lagi pasukan Malaysia bakal menghadapi cabaran terakhir menentang Indonesia. Sejarah baru bakal tecatat pada pemenang piala Suzuki edisi kelapan kali ini kerana antara Malaysia dan Indonesia juara baru bakal dinobatkan.

Jika dilihat dari segi prestasi dan keputusan perlawanan, Indonesia dilihat memiliki kelebihan apabila berjaya mengutip mata penuh pada peringkat kumpulan. Berlainan dengan situasi pasukan Malaysia yang bermula kempen dengan hambar apabila kalah kepada Indonesia 5-1.

Namun begitu selepas kekalahan itu, prestasi skuad kebangsaan dilihat meningkat dan barisan pemain kelihantan mula serasi. Harapan Belalang semoga Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol pada malam ini sebagai bekalan selesa sebelum bertandang ke Indonesia pada 29 hari bulan ini.

Jom ramai-ramai kita laungkan....

Malaysia Boleh!

Malaysia Boleh!

Malaysia Boleh

Belalang Blogger Kedah

Belalang start tulis entry nih pada pukul 3.05 pagi. Sengaja merayau-rayau singgah ke mana-mana blog yang dirasakan tajuk entrynya agak menarik. Tiba-tiba Belalang terpandang lak tajuk entry blog BPM yang mencari sahabat blogger mengikut negeri.

Tiba-tiba terasa macam best lak dan teringin nak sama-sama men'join'kan diri Belalang. Ha, nih antara perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk join kategori blogger mengikut negeri nih:-

Nama
- Nama dalam I.C ialah ******* ******* bin *******, tapi panggil Belalang Hijau dah le dalam dunia maya.

Status
- Pada yang dah tau tu tolong jangan muntah ye sebab Belalang terpaksa ulang lagi menyatakan perkara ini. Sudah berkahwin.

Cara Hubungi
- Di Facebook = http://www.facebook.com/belalanghijau.perisik @ search Belalang Hijau Perisik
- Di Twitter = http://twitter.com/Belalang_Hijau @ klik jer twitter kat sidebar Belalang tuh

Daerah/Jajahan
- Anak jati Kulim. Dari kecik sampai besaq panjang dok lepak sini ja. Apa yang menarik di Kulim? jap nak pikir... emmm... emmm... Hah! Kulim baru jer ade Mc Donald yang dibuka tak sampai pun sebulan lagi usianya... Hahaha...

Rasanya itu saja kot.. sekarang Belalang nak pegi tinggalkan link entry ini di blog BPM. Kalau korang teringin nak memeriahkan lagi acara nih, klik sini.

** Tamat mengarang pukul 3.23 pagi... Hee...

Sabtu, 25 Disember 2010

Penangan Gadis 13 dan 15 tahun

Membaca berita muka hadapan akhbar Harian Metro bertajuk 'Kejutan 3.30 pagi', ibu terkedu melihat 2 anak dan kekasih dalam bilik tidur memang sesuatu yang mengejutkan. Sampai begitu berani sekali adik-beradik ini membawa masuk kekasih dalam bilik tidur walaupun ibu bapa mereka berada dirumah.

Mungkin ini bukan kali pertama mereka membawa pulang kekasih masing-masing ke rumah. Sebab itu mereka berani mengulangi perkara itu. Boyfriend mereka yang berumur 17 dan 20 tahun ni telah ditahan dan didakwa sebagai merogol sebab dua-dua gadis tu masih bawah umur. Dibawah petikkan asal berita

-------------------------------------------------


KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.


Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.


Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.


Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.


Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.


“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Khamis, 23 Disember 2010

Menjelang Final AFF Piala Suzuki 2010: Page Khairul Fahmi Che Mat Diserang Penyokong Indonesia

Bahang perlawanan final yang akan bermula pada 26 haribulan ini kian terasa dengan laungan kata-kata semangat di setiap page peminat bola sepak samada Malaysia mahupun Indonesia.

Namun begitu beberapa penyokong fanatik Indonesia dilihat secara sengaja melakukan provokasi yang melampau pada page-page milik penyokong Malaysia. Terbaru page milik penjaga gol Malaysia yang sangat cemerlang Khairul Fahmi Che Mat telah diserang oleh sebilangan penyokong Indonesia sambil mengeluarkan kata-kata provokasi yang Melampau.



Dari pemerhatian Belalang, mana-mana saja page penyokong bola sepak Malaysia berkumpul pasti akan ada seorang atau beberapa orang Indonesia dengan sengaja melakukan provokasi melampau hingga ada pada satu page salah seorang menyokong Indonesia mengeluarkan kata-kata yang berbau ugutan terhadap rakyat Malaysia yang akan bertandang ke sana pada perlawanan final kedua.

Semangat kesukanan tidak sepatutnya diterjemahkan dalam keadaan sedemikian rupa. Dalam hal ini, Belalang harap penyokong Malaysia tidak terikut-ikut dengan rentak provokasi mereka terhadap kita. Jangan tunjukkan yang metaliti rakyat kita juga rendah seperti mereka.

Belalang harap semoga pasukan kita bakal muncul sebagai pemenang mutlak pada final piala AFF kali ini. Buktikan yang kita mampu lakukannya. Malaysia boleh!

Segmen Jom Berkenalan


Belalang telah di tag oleh sahabat baik Belalang iaitu ciktom [dot] com (siap promote lagi nih ciktom) untuk turut serta memeriahkan segmen jom berkenalan yang di ilhamkan oleh saudara Cikgu Akim. Meh kita lihat soklan-soklannya dibawah ini:-

-Apakah status anda?
Rasenyer sape-sape yang selalu singgah dan baca entry Belalang sudah sedia mengetahui yang Belalang telah berkahwin dan mempunyai sorang puteri yang sedang menginjak ke usia 2 tahun.

-Ceritakan tentang diri anda
Belalang Hijau anak jati Kedah, tinggal di Kulim. Anak last daripada 4 adik beradik. Suka sangat makanan yang berasaskan ayam...nyam,nyam...

-Ceritakan tentang blog anda
Suara Bawah Tanah adalah sebuah blog peribadi dimana segala mak nenek cerita dirojakkan sekali. Walaupun usia blog ini menjangkau setahun lebih, tapi yang sebenar-benarnya Belalang mula aktif berblog sekitar bulan Mac tahun ini. Itu pun nasib baik Belalang kenal dengan gengblogger.com. Kalau tak mungkin sampai sekarang SBT masih lagi seperti hidup tak mau mati segan. Hee...

-Apakah pandangan anda tentang dunia blog?
Belalang rasa dunia blog mmpunyai auranya tersendiri. Contoh macam blogger-blogger politik yang mencurahkan pandangan mereka tentang corak pemerintahan negara hinggakan kerajaan sentiasa juga memantau blog-blog ini kerana kadang-kala teguran mereka itu ada benarnya. Selain itu dunia blog mampu jadi lubuk duit bagi yg tau cara-caranya. Hahaha...

-Nasihat anda pada rakan2 yang baru nak wat blog
banyakkan membaca dan peka dengan keadaan sekeliling. Saling hormat-mnghormati sesame rakan blogger. lagi satu, kalau nak pilih widget pastikan yg betul-betul perlu dan sesuai je yea...

-Nyatakan keunikkan yang terdapat pada blog anda
Kalau dulu sebelum Belalang tukar template mungkin faktor keseraman menjadi blog Belalang unik. Tapi semenjak tukar template baru nih tak tau la pulak ape dia. Warna ijau kot? Unik ke? ntah...

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Belalang akan berblog hingga...err... tak pernah terpikir pulak hal nih. Selagi jari terdaya menaip, selagi otak fail belum korup rasenyer. Impian lak nak jadi salah sorang blogger yang ada x-faktor tersendiri seperti Ariff Shah, Ben Ashaari, Red Mummy dan Hanis Zalikha... Besar betoi impian ku ini... huhuhu

Belalang nak tag segmen nih kepada:-
Kisah 69
Han
Afiq Bukhari

Yang kena tag, buat tau jangan tak buat. Segmen nih hampir menyamai dengan tag 'identiti blogger yang hilang' yang Belalang pernah buat dulu. Jadi sape-sape yang rase masih belum cukup kenal ngan Belalang, sila la baca tag tu di sini ya.

Rabu, 22 Disember 2010

Baruku Tau, Laptop Ku Lebih Kotor Dari Mangkuk Tandas!

Hai! nama saya WC. Saya lebih bersih dari
komputer anda. Jangan Jealous! 

selama arini Belalang bekerja dengan menggunakan komputer, inilah pertama kali Belalang dengar yang komputer lebih kotor dari mangkuk tandas. Patut la semenjak aktif berblog nih selalu tak sihat. Rupanya terdedah dengan kuman. Tak caya? Korang baca kat bawah nih:-



TANPA kita sedari, komputer yang sering kita gunakan di pejabat mempunyai 400 kali ganda bakteria daripada tempat duduk tandas.


Kajian dijalankan Pusat Penyelidikan Kebangsaan untuk Wanita dan Keluarga Amerika Syarikat itu juga mendapati telefon di pejabat juga mungkin menempatkan lebih daripada 25,000 kuman bagi setiap keluasan satu inci persegi.


Meja serta papan kekunci dan tetikus komputer juga tidak jauh beza. Hakikatnya, pejabat adalah antara tempat yang paling banyak mengumpul kuman di sekeliling kita.


Selain itu, mereka yang terlalu asyik menggunakan alatan membabitkan skrin sentuh seperti telefon bimbit juga harus berhati-hati. Pakar penyakit berjangkit di Australia mendapati alatan skrin sentuh terbukti sebagai satu cara mudah untuk menyebarkan kuman.


Nak baca artikel penuh, klik sini.


Nampaknya pasnih memang kene cuci laptop nih bersih sebersih-bersihnya. Sape nak guna laptop Belalang kene cuci tangan guna cecair mati kuman dulu, baru Belalang kasi guna. Hahaha...

Selasa, 21 Disember 2010

Video Trailer Merong Mahawangsa

Melihat pada trailer filem ini menyebabkan Belalang terfikir adakah filem bakal mengangkat industri perfileman kita ke setahap lebih tinggi? Memang terasa teruja sangat untuk menonton filem ini yang khabarnya akan di tayang di beberapa buah negara serentak.

Macam ni punya filem, kalau target kutipan 40 juta pun nampak juga la logiknya. Apa-apapun kita tunggu tayangan filem ini nanti. Kepada yang masih Belum mengetahui mengenai filem Merong Mahawangsa, dibawah ni ada video trailernya. Tengok dan nilai. Apa pendapatan anda?


Saya Belalang, Saya Ok!

Uik, Dengar macam kontroversi tajuk entry belalang nih kan? Sebenarnya kebelakangan ni mana-mana tempat Belalang pegi, tengok ramai berbincang pasal video pengakuan gay yang berani mati tuh 'Saya gay, saya ok'. Jadi Belalang pun saje je guna ayat lebih kurang macam dia sebab nampak macam ok jer ayat tue... Hahaha...

Belalang tengah terfikir untuk buat beberapa segmen dalam blog Belalang. Tapi masih lagi fikir ape kelebihan dan kekurangan segmen yang Belalang nak buat tu. Dalam perancangan sekarang ada dua benda yang akan Belalang buat. Satu Belalang nak buat satu segmen yang menguntungkan untuk semua-semua blogger. Dan satu lagi segmen Belalang tu akan membantu mereka-mereka yang menjual produk. Tak kira la produk pe pun janji yang halal. Tolak arak ngan benda-benda lucah jer.

Rase-rase korang kalau Belalang buat segmen macam kat atas tu korang akan support Belalang tak? Ke korang ade ape-ape idea bernas dan menarik untuk dikongsi dengan Belalang? Tolong kasi pendapat dan apa-apa pandangan mengenai idea Belalang tu. Nak tau jugak ape kata kawan-kawan blogger. Tolong Belalang ye.

Isnin, 20 Disember 2010

JOM MAIN SUDOKU CONTEST BY LUFFY



Belalang nak join contest blog budak kampus buat nih. Belalang tak ditag oleh sape-sape. Saje sendiri nak mencabar diri selesaikan soalan contest ni.

Belalang minat dengan game sudoku. Dulu time mula-mula beli iPhone Belalang selalu main game nih kat dalam henpon Belalang. Sekarang dah kurang sket.

Tarikh contest nih sampai 25 Dec 2010. Jadi sape-sape yang nak try mengasah kepandaian anda dalam game sudoku, leh la try pegi jeling-jeling syarat dan hadiah contest di sini.

Salah satu syarat contest ni ialah kita kena tag beberapa orang lagi. Jadi Belalang nak tag:


Selamat mencuba kawan-kawan sekalian alam! Hahaha...

Kemalangan Nahas Bas Di Simpang Pulai

IPOH: Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

"Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang," katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

"Buat masa ini saya amat sedih...saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa," katanya.

Sumber Berita Harian.

Ahad, 19 Disember 2010

Keputusan Separuh Akhir Ke-2: Indonesia Lawan Filipina Piala AFF Suzuki 2010

Seperti yang dijangka pasukan Malaysia akan bertemu pasukan Indonesia pada pertemuan terakhir perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 apabila Indonesia berjaya mengalahkan Filipina dengan aggregat 2-0.

Indonesia yang sememangnya memiliki bekalan kelebihan satu gol pada pertemuan pertama dahulu, berjaya meneruskan rentak kemenangan dengan menghasilkan satu lagi gol menerusi Christian Gonzalez pada minit ke 43'.

Keputusan penuh Indonesia menang dengan aggregat 2, Filipina 0. Final antara Malaysia dengan Indonesia akan berlansung di stadium Bukit Jalil pada 26 Desember ini.

SAYA NAK MASUK BLOGLIST ELLEN

Ellen's banner

Belalang nak masuk dalam bloglist Ellen!!! sempat lagi ke? Mintak-mintak la sempat lagi. Belalang pernah berada dalam bloglist mummynemo atau Ellen sebelum nih. Memang best jika kita tersenarai dalam bloglist Ellen sebab dia kompom akan terjah kita tiap-tiap hari. Abis koman pun sekali mesti dia terjah satu hari.

Mengenai persembahan blog Ellen, Belalang lihat Ellen banyak juga berkongsi sesuatu yang amat berguna kepada kita contoh pasal kanser, tumbuhan untuk mencegah penyakit dan lain-lain entry yang menarik. Pasal susunatur blog, theme, warna dan sebagainya, Belalang bukanlah orang yang mahir dalam benda-benda tu. Jadi Belalang tak moh komen apa-apa. Cuma rasenyer label itu akan lebih berguna jika diletak pada sidebar atau atas sket supaya orang senang lihat.

Semoga Ellen akan terus seperti Ellen yang Belalang kenal iaitu, happy, suka berkawan dan mudah mesra dengan semua orang. Dan semoga Ellen kuat dalam melalui hari-hari hidupnya yang agak mencabar. Go Ellen Go! Aiseh, dah macam sokong pasukan bola pulak.Hee...

Video Bergaduh Yang Cool!

Sape sini yang tak kenal rajinikanth tolong jangan angkat tangan sebab Belalang tak nampak... Hahaha. Hero filem tamil yang memang style lah dalam setiap filem dia. Hingga sering kali watak yang dibawanya memberi kesan yang sangat besar pada peminat-peminat filem tamil contoh kawan-kawan India Belalang time sekolah dulu sampai tiru cara berjalan dan pergerakan Rajinikanth yang dirasakan cool.

Kali ni Belalang nak kongsi satu video dari babak filem yang dijayakan oleh Rajinikant. Korang yang tak pernah tengok sure gelak guling-guling. Dan bagi yang pernah tengok pula tentu akan senyum-senyum lagi lihat video nih. Jom-jom kita layan video bawah nih.

Imam Masjid Mati Dibaham Buaya


SAMARAHAN 18 Dis. - ''Itu kaki bapa saya, minta tolong pulangkan," luah Musa Sidi, 40, selepas melihat rahang seekor buaya berukuran panjang kira-kira 5 meter dan lebar 1.5 meter membawa kaki bapanya dalam satu kejadian yang berlaku di Sungai Batang Samarahan di Kampung Reban dekat Serian pagi ini.

Mangsa, Sidi Samad, 66, yang juga imam ketiga Masjid Darul Ihsan kampung berkenaan maut dibaham buaya kira-kira pukul 6.30 pagi ketika sedang menjala udang galah secara bersendirian di sungai berkenaan yang dikenali sebagai habitat reptilia berkenaan.

Musa anak kedua daripada enam beradik itu berkata, dia menerima panggilan daripada salah seorang adiknya mengenai kehilangan bapanya yang tidak pulang-pulang ke rumah pada pukul 10.30 pagi.

Katanya yang baru selesai mengambil bas sekolah yang dipandunya dari bengkel kemudiannya terus bergegas pulang ke rumah dan terus menuju ke lokasi kejadian yang terletak betul-betul di hadapan rumah.

Katanya lagi, pada ketika itu dia bersama dua lagi penduduk melihat seekor buaya sebesar perahu berada kira-kira 30 meter dari tebing sedang timbul dan bergerak mengikuti arus sungai dengan di rahangnya terdapat sesuatu benda yang disahkan kaki bapanya.

''Kali kedua buaya itu timbul di tengah sungai, saya dapati, kedua-dua kaki bapa saya ada di dalam mulut buaya berkenaan.

''Lantas saya memanggil buaya berkenaan dengan harapan haiwan itu akan menyerahkan bapa saya namun buaya itu ia terus hilang dengan mengibas-ngibas ekornya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, penduduk kampung berusaha memburu buaya berkenaan dengan menggunakan perahu. Mereka turut melaungkan azan dan membaca surah Yasin sebagai usaha membantu mengesan Sidi.

Setakat pukul 4 petang ini, usaha mencari imam berkenaan masih diteruskan. Sungai Batang Samarahan juga pernah meragut nyawa kanak-kanak akibat dibaham buaya 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, isteri kepada Sidi, Dayang Salhah Awang Sahrul, 64, memberitahu, suaminya sempat bersarapan pagi dengan hanya meminum kopi bersama tiga yang lain kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum keluar rumah.

Ujarnya yang telah 45 tahun berkahwin, suaminya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu berlaku malah mereka sempat menghadiri majlis kenduri arwah jirannya malam tadi.

''Menyedari suami saya tidak pulang lagi ke rumah, saya bertekad untuk mencarinya bersama anak yang lain namun diberitahu bahawa kakinya ditemui berada di mulut buaya berkenaan," katanya yang redha dengan pemergian suaminya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Supritendan Jamali Umi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber Utusan On-line.

Sabtu, 18 Disember 2010

Keputusn Separuh Akhir Ke-2: Malaysia Lawan Vietnam Piala AFF Suzuki 2010

Tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia yang telah mengesahkan tiket ke perlawanan akhir apabila menumpaskan Vietnam dengan aggregat 2-0. Kelebihan gol sewaktu bertemu Vietnam di Bukit Jalil sebelum ini, banyak membantu pasukan Malaysia.

Walaupun begitu Malaysia melalui 90' minit perlawanan yang penuh mencemaskan apabila Vietnam bertali arus melakukan serangan. Vietnam sejak awal permainan terus menerus mengasak ke arah gawang Malaysia. Namun kecekapan pertahanan dibantu penjaga gol Malaysia yang bertindak cemerlang telah mematahkan beberapa percubaan merbahaya pasukan Vietnam.

Separuh masa kedua juga masih dilihat sebahagian besar permainan dikuasai oleh pasukan Vietnam. Namun sekali-sekala Malaysia memcuba juga untuk membuat serangan balas. Vietnam yang dilihat semakin tetekan mula bermain dengan aggresif apabila kerap melakukan terjahan-terjahan kasar.

Akhirnya detik-detik manis untuk mengesahkan Malaysia ke perlawanan akhir pun tiba apabila pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat perlawanan dan mengesahkan Malaysia layak ke perlawanan akhir bertemu samada Indonesia atau Filipina.

Keputusan Penuh Malaysia menang dengan kelebihan  aggregat 2, Vietnam 0.

Ajaran Syiah Di Malaysia

Apa tu ajaran Syiah? Mengapa kerajaan bersungguh-sungguh nak menghapuskan mereka yang mengamalkan ajaran Syiah? Kalau ada yang masih blur dan kurang faham dengan ajaran Syiah, sila klik sini. Huraian terperinci mengenai Syiah dan mengapa ia perlu di jauhi.

Mukadimah di atas tu adalah berkaitan dengan kata-kata Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, atas penangkapan sebanyak 200 pengikut Syiah di Selangor termasuk pensyarah dan penuntut institusi pendidikan tinggi Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Berita penuh disini.

Belalang baru tau yang rupanya di Malaysia ada juga pengikut Syiah. Memang patut pun kerajaan mengambil langkah awal untuk menyekat mereka ini sebelum ia jadi semakin parah seperti ajaran-ajaran sesat sebelum ini iaitu Ayah Pin dan Al-Arkam.

Buffered Earnings Ke-19

Tajuk di atas telah menjelaskan isi entry ini sejelas-jelasnya yang Belalang ingin berkongsi dan berterima kasih kepada Nuffnang dan pengiklan yang sudi menempatkan ad mereka di blog Belalang.


Sebenarnya iklan AMP KK Lunch (Era) LR ni dah bertempek lebih kurang dua tiga hari. Tapi agak pelik sebab terlalu sket dia punya income. Iklan Era yang dulu pun agak sket earning dia. Tapi takpe la. Janji ade BE yang sudi singgah di blog Belalang.

Terima kasih sangat kepada Nuffnang dan Era sebab sudi running kan iklan anda disini. Kepada korang yang teringin nak dapat BE, klik sini. Ade sket tips dari Belalang untuk mendapat BE. Mungkin itu dapat membantu korang. Tapi kalau korang nak tips yang lebih detail tunggu nanti Belalang buat entry khas ok.

Jumaat, 17 Disember 2010

Contest Blog Terkemas

Seperti yang Belalang tulis dalam satu entry Belalang kelmarin, Belalang tak berapa sihat. Demam selsema. Tapi petang tadi rase dah kurang sket. Tue yang Belalang blogwalking jap tadi.


Belalang telah di tag oleh saudara tubelagu untuk menyertai satu contest yang bernama bog terkemas. Kemas ke blog nih? Rase-rase macam ok dari yang dulu kan?

Contest ini telah dianjurkan oleh dua orang blogger iaitu Hana dan Fyza. Dan seperti juga lain-lain contest tentu la ia datang dengan beberapa syarat. So kalau korang berminat dan nak join, sila-sila la lihat syarat-syarat itu dengan klik pada salah satu nama penganjur di atas.

Belalang perlu tag tiga orang lagi untuk bersama-sama Belalang memeriahkan contest ini. Tiga orang yang bertuah itu ialah.


Pening kepala Belalang... Nak rehat kejap. selsema dah kurang tapi badan pulak terasa panas. Kena banyak rehat la nampaknyer...

Siapa Yang Patut Disembah?

Suatu ketika, seorang raja bertanya kepada Nabi Ibrahim mengapa baginda tidak menyembah api seperti yang dilakukan oleh orang-orang lain pada zaman itu. Jawab Nabi Ibrahim "Bukankah air dapat memadamkannya?"


Raja: Kalau begitu, kenapa kau tidak menyembah air?


Nabi Ibrahim: Bukankah awan yang mengandungnya lebih kuat?


Raja: Jika demikian, sembahlah awan!


Nabi Ibrahim: Angin yang mengiring dan menolaknya lebih kuat lagi.


Raja: Kalau demikian, engkau sembahlah angin!


Nabi Ibrahim: Manusia yang menyedut dan menghembuskannya lebih kuat daripada angin. Tetapi manusia pun lemah, kerana itu yang wajar disembah adalah yang mencipta semua itu, Pencipta langit dan bumi serta segala isinya.

**Sekadar renungan dihari jumaat. Selamat menunaikan solat Jumaat...

Keputusan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2010: Indonesia Lawan Filipina

Indonesia berjaya mengalahkan Filipina dalam separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno sebentar tadi dengan kelebihan 1 gol.

Gol Indonesia telah di jaringkan oleh Christian Gonzales pada minit ke-32.

Keputusan penuh Indonesia 1, Filipina 0.

Khamis, 16 Disember 2010

Basah Sangat Dah Nih Sapu Tanganku...


Salam kepada pembaca blog Belalang semua. Macam mana perjalanan hidup korang arini? Banyak perkara best atau benda yang tak menarik berlaku? Best atau tak best yang pasti kita kena lalui jugak hari-hari dalam hidup kita walaupun sepahit mana perjalanan hidup kita pada hari tersebut.

Belalang lak arini diserang selsema yang maha dasyat. Dari pagi tadi sampai sekarang idung nih macam ade paip air tak tutup. Punya bersin sampai sakit tekak-tekak. Dah lame jugak Belalang tak diserang virus selsema seteruk nih. Sampai makan ubat selsema pun tak ada tanda-tanda akan sembuh. Hanya berjaya stop bersin untuk beberapa ketika. Pastu jadi balik.


Korang ade ape-ape petua tak yang boleh kasi selsema baik cepat sket? Belalang tak demam. Cuma selsema dan sakit tekak jer. Belalang stop membebel (macam ben ashaari lak) dulu. Nak jelajah blog kawan sambil baca entry lak. Tunggu Belalang di blog korang. Hee...

Video Seks Dua Beradik: Masa Depan Anak-anak Kita

Geleng kepala Belalang tak kala membeli surat khabar pagi tadi. Kebetulan Belalang ke nasi Kandar Nasmir Kulim untuk membeli roti canai sebagai sarapan pagi. Melihat surat khabar bersusun di rak kedai Nasmir, Belalang terus saja mencapai Harian Metro.

Artikel mengenai 'Budak Terlampau' yang dipercayai video aksi ranjang adik-beradik kandung, membuatkan Belalang termenung panjang memikirkan masa depan anak-anak kita zaman akan datang. Dibawah artikel asal berita itu.


BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.


Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun. 
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar. 


Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.


“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.


Baca berita penuh disini.


Tiba-tiba rase sedih pulak. Apa pendapat korang dengan gejala sebegini? Itu yang kantoi akibat membuat rakaman. Yang berlaku hari-hari tanpa dirakam pulak tentu lagi banyak.

Rabu, 15 Disember 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia Lawan Vietnam

Pasukan Malaysia berjaya memperolehi kemenangan pada pertemuan pertama menentang pasukan Vietnam dengan bekalan agaka selesa iaitu 2-0.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mengatur gerak mencari gol awal namun pasukan Vietnam kelihatan lebih teratur dalam kawalan bola. Walaupun begitu permainan berakhir tapa jaringan diseparuh masa pertama.

Gol Safee Sali pada minit 59' dibabak kedua merubah permainan dimana kedua-dua pasukan kembali bersemangat dalam memburu gol. Minit 78' sekali lagi Safee Sali menjadi wira Malaysia apabila meledak gol kedua.

Hingga tamat ke masa penuh, Malaysia berjaya mengekalkan kelebihan dua gol sementara Vietnam pula tiada sebarang jaringan.

Keputusan penuh Malaysia 2, Vietnam 0.

Pening Kepala Ku Membaca Hal WiKiLeaks

Tension betul Belalang arini. Mane tak nyer, line broadband nih punyalah teruk. Petang tadi banyak kali jugak line kejap ok kejap ko. Terus Belalang malas nak godek blog lama-lama. Malas la nak buat entry hangin kat broadband kerap-kerap sangat. Dulu pun dah pernah buat kat sini.

Mood untuk buat entry memang tiada langsung. Belalang hanya membaca blog-blog politik dan akhbar on-line. Sebagai rakyat kita kena amik tau jugak situasi politik negara kita. Walaupun ada masa dan sesetangah orang kita sudah malas dengan situasi politik semasa negara ini.

Tapi bila baca cerita mengenai WiKiLeaks, pening jugak Belalang nak paham. Dah la cerita politik kita pun dah boleh buat kita mabuk laut, ditambah pulak membaca cerita-cerita pasal WiKiLeaks. Boleh mimpi ngeri Belalang tidur malam nih.

Korang tak tau ke pasal ape tue WiKiLeaks? Ha, nah amik nih. Belalang dengan baik hatinya kasi link nih. Korang baca pasal WiKiLeaks ni di blog Nuriz yer. Pastu Korang pun sure pening macam Belalang. Hahaha...

Selasa, 14 Disember 2010

Kaki Lisa Surihani Berkurap?

Pagi tadi seperti biasa sekitar pukul 1 pagi Belalang masih lagi stay up. Sambil layan tv, baca-baca entry di blog kawan, Belalang juga sering check apa-apa yang patut diblog Belalang. Tujuannya untuk menambah baikkan mana-mana bahagian yang kurang.

Sedang Belalang mengskodeng Alexa rank Belalang (dan beberapa blogger lagi), tiba-tiba Belalang agak tertarik untuk melihat dibahagian pencarian tinggi blog Belalang melalui search engine. Macam nak tergelak Belalang bila baca keyword nih.

baca pada keyword yang di high-light tuh

Adoyai, apa punya keyword nih? Ni kalau crayon tubelawak baca sure marah sambil mencarut-carut. Yela dia dengan Lisa Surihanikan ade skandal... Hahaha. Tapi Belalang comfius jugak nih, yeke keyword tue? Memang Lisa Surihani ada masalah tue ke? Kalau betul kasi la bukti sket untuk Belalang tengok.

Nak Sambung Gelak lah... Hahahaha...

Isnin, 13 Disember 2010

Mushroom Soup & Nuffnang


Tutup Kedai pukul 9 tadi, tiba-tiba teringin pulak nak makan mushroom soup. Biasa la hujan-hujan nih, dapat mushroom soup panas-panas memang best. Terus saje Belalang dan Mrs.Belalang singgah beli serbuk mushroom soup. Balik masukkan air panas jer. Sekarang sedang menikmati. Sedap woo...

Nampaknya Nuffnang pun dah kembali ok. Mungkin Mr.Nuff pun dah pekena mushroom soup panas kot tadi. Terus jer dia jadi segar dan kembali bertenaga. Segala income Belalang takde yang kurang sket pun. Terima kasih Mr.Nuff...

Kepada sape-sape yang marah Mr.Nuff arini, baik korang pegi mintak maap balik. Kang nuff majuk sekali lagi, susah pulak nak pujuk. Ok lah... Belalang nak sambung pekena mushroom soup Belalang yang ade setengah lagi nih. Daa...

Nuffnang Tidur Ke?


Aiseh Encik Nuffnang ade masalah pulak... Tunggu sampai pukul 4 pagi ingat ke nak check le ape-ape yang patut. Alih-alih naik masej nih pulak. Sabar jela...

Patut la Belalang perasan dari pukul 12 malam tadi takde satu iklan pun naik kat blog Belalang. Ingat ke Nuffnang dah nak tamatkan semua BE Belalang. Hee...

Semoga Encik Nuffnang cepat-cepat sembuh yea...

OST 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' - Cinta Kristal


Antara lagu yang selalu jugak Belalang amik kalau ke karaoke. Memang best lagu nih. Penyanyi asal lagu nih Rahim Maarof. Namun Suara Awie dalam membawakan lagu nih tetap best dan punya style tersendiri. Memang layanlah...

Ahad, 12 Disember 2010

Piala Suzuki AFF 2010: Ganjaran RM5,000 Seorang

Menjelang detik-detik perlawanan separuh akhir bola sepak piala Suzuki AFF 2010, para pemain sudah dijanjikan dengan imbuhan sekiranya berjaya menjadi juara.

Dibawah adalah petikkan asal berita-

Pemain bola sepak negara akan mendapat ganjaran RM5,000 seorang jika berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF.


Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ganjaran itu adalah sama dengan ganjaran yang diberi kepada pemenang pingat emas Sukan SEA di Laos pada 2009.


"Tahniah kepada pasukan bola sepak kerana berjaya memasuki separuh akhir, tetapi kejayaan sebenar ialah apabila menjadi juara," katanya pada majlis makan malam meraikan pasukan bola sepak di sini malam tadi.


Malaysia akan menentang Vietnam pada perlawanan separuh akhir kejohanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini dan di tempat lawan pada 18 Dis.


 BERNAMA

Apa-apapun diharap pasukan Malaysia jangan pandang terlalu jauh, fokus pada perlawanan menentang Vietnam terlebih dulu.

Video Budak Suka Lihat Hantu

Belalang rasa zaman akan datang anak cucu kita sure macam nih jugak sebab selalu sangat dah tengok citer hantu sampai dah tak takut hantu tapi dia takut tengok benda lain lak... Hee...

Sabtu, 11 Disember 2010

Ramadhan 15 2012, Benar Atau Fitnah Akhir Zaman? -Bhg1


Siapa disini yang pernah mendengar mengenai cerita 15 Ramadhan 2012? Rasanya ada yang pernah mendengar dan ada juga yang tidak.

2012 di kaitkan dengan satu cerita yang kononnya akan terjadi sesuatu bencana besar. Puak Maya dalam catatan calendar mereka mengatakan 2012 adalah hari terjadinya bencana yang bakal melenyapkan semua hidupan di bumi. Filem 2012 pun dibuat berdasarkan calendar puak Maya nih.

Mungkin ada yang pernah mendapat e-mail yang mengatakan 15 Ramadan 2012 akan berlaku seuatu berdasarkan satu petikkan hadith. Belalang sendiri mendengar perkara ini daripada seorang kawan pada pertengahan tahun sudah.


Buat renungan teman-teman.


Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.


(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)


Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu... ALLAH sahaja maha mengetahui... cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut... 


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:


Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


forum carigold


Meremang bulu roma dengar hal ni kan? Memang pada mulanya agak terperanjat jugak Belalang mendengar kisah ini dari kawan Belalang. Setelah lama berlalu macam tu, tiba-tiba kelmarin Belalang teringat pasal cerita nih. Terus Belalang google mencari info yang berkaitan dengan hal nih.

Korang nak tau carian Belalang tu berjaya ke tak? Nak tau tak yang Belalang ada menemui jawapan pada perkara di atas atau Belalang menemui hadith yang ade disebut dalam petikkan di atas? Korang tunggu sambungan entry Belalang nih nanti ye.

Bersambung...

Jumaat, 10 Disember 2010

My Header Contest

Belalang telah di tag oleh dua orang blogger untuk menyertai contest header nih. Tapi Belalang lupa la blogger mana yang tag Belalang. Belalang cuma ingat yang ni jer. Pada sape-sape yang tag Belalang tu dan masih berharap supaya Belalang buat tag tuh, sila remain Belalang skali lagi ye.


ini la tuan empunya yang menganjurkan contest nih. Dikenali sebagai Reiyana@Yana. Orang yang telah bertanggungjawab untuk mengheret Belalang kedalam contest ini pulak ialah Shag. Terima kasih ye sebab tag Belalang.

Ini la header baru Belalang. Belalang design sekali dengan template baru Belalang nih. Hanya guna format gambar biasa. Tak reti nak buat flash header. Hee...

Belalang kena tag pada tiga orang blogger untuk sama-sama memeriahkan contest nih. Mereka ialah:-

Tengkorak Emas (selalu jadi mangsa Belalang)

Dunia Tanpa Bayangan (anak muridku)

Miss Miera

Kepada tiga-tiga blogger yang di tag nih, korang leh la berkenalan dan lihat syarat-syarat contest disini ye. Selamat membuat tag dengan happy ok... Hee...

MUHAMMAD S.A.W. RASUL ALLAH YG TERAKHIR! KENALI SECARA LAHIRIAH



Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,
sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada
pertama kalinya bersua muka dengan
Baginda lantas melafazkan keislaman dan
mengaku akan kebenaran apa yang
disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para
sahabat ialah :


- Aku belum pernah melihat lelaki yang
sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda,
seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari
sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki
setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira,
wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti
akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih
cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal,
terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua
kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata
yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih
mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di
bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya
penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah
tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan
memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk
dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak
sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok
bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh
pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbe lah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut
kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut.
Luas bidang antara kedua bahunya lebih
drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar
tapak tangannya, jarinya juga besar dan
tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang
lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi
cantik. Kakinya berisi tapak kakinya
terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian
tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur
atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna,
tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula
rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana
lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada
tinggi,semasa berada di kalangan orang
ramai baginda kelihatan lebih tinggi
drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung
yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di
dunia… untuk mengingatkan kita…


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar
seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi
Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata
Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu. Kemudian ia kembali
menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?” “Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya,” tutur
Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap
puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagi an demi
bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang. “Ketahuilah, dialah yang
menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.


Dialah malaikatul maut,” kata
Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan
tangisnya. Malaikat maut datang
menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut bersama
menyertainya. Kemudian dipanggillah
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut ruh kekasih
Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril,
jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara
yang amat lemah. “Pintu-pintu langit
telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar
menanti kedatanganmu, ” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. “Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?” Tanya Jibril
lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?” “Jangan khawa tir,
wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar
Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan
surga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,” kata
Jibril. Detik-detik semakin dekat,
saatnya Izrail
melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah
ditarik.


Nampak seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. “Jibril, betapa sakit
sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah
mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
sampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat
pengantar wahyu itu. “Siapakah yang
sanggup, melihat kekasih Allah direnggut
ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian
terdengar Rasulullah mengaduh, karena
sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya
Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan
saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku. “Badan Rasulullah
mulai dingin, kaki dan dadanya sudah
tidak bergerak lagi.


Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya. “Uushiikum
bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum
- peliharalah shalat dan peliharalah
orang-orang lemah di antaramu.” Di luar,
pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat saling berpelukkan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali
kembali mendekatkan telinganya ke bibir
Rasulullah yang mulai kebiruan..
“Ummatii, ummatii, ummatiii!” - “Umatku,
umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup
manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai
sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa
Muhammad wa baarik wa sallim ‘alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Untuk peringatan:-


Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim
lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti
Allah dan RasulNya mencintai kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu
hanyalah fana belaka. Amin…


Usah gelisah apabila dibenci manusia
karena masih banyak yang menyayangimu di
dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci
Allah karena tiada lagi yang mengasihmu
di akhirat.
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com